Panduan

Cara Renew Insurans Kereta Online

Tak perlu lagi pergi pejabat insurans atau tunggu ejen call. Dalam 10-15 minit, semua boleh settle online.

Di mana nak renew?

Ada tiga cara utama:

1. Aggregator (bandingkan banyak syarikat)

  • Bjak.my — aggregator paling popular. Bandingkan harga dari 15+ syarikat sekaligus.
  • PolicyStreet — alternatif yang bagus, interface clean.
  • Fincrew.my — platform baru, kadang ada harga lebih murah.

2. Direct dari syarikat

Kalau anda dah tahu nak stay dengan syarikat yang sama, boleh terus pergi website mereka: Etiqa, Allianz, Tokio Marine. Kadang ada diskaun exclusive untuk renewal direct.

3. Melalui ejen

Masih ramai yang prefer guna ejen. Takde salah — cuma pastikan bandingkan harga dulu supaya tahu anda tak overpay.

Step-by-step renew online

  1. Semak NCD anda. Pergi MyEG atau hubungi syarikat insurans semasa. NCD determine harga premium. Faham NCD →
  2. Masukkan maklumat kereta. Nombor plate, IC number, tahun kereta. System akan auto-detect model dan nilai pasaran.
  3. Pilih coverage type. Comprehensive (recommended) atau third-party. Tambah add-ons kalau perlu — windscreen, special perils.
  4. Bandingkan quotation. Aggregator macam Bjak tunjukkan harga dari banyak syarikat. Pilih yang paling berbaloi.
  5. Bayar online. FPX (online banking) atau kad kredit/debit. Sesetengah syarikat terima installment.
  6. Dapat e-cover note. Terus masuk email. Simpan PDF — ini bukti insurans anda sah.

Lepas renew insurans — renew roadtax

Dah ada e-cover note? Sekarang boleh renew roadtax. Pilihan:

  • MyEG — online, roadtax hantar ke rumah (RM6-10 delivery)
  • Pos Malaysia — pergi kaunter, biasa siap dalam 15 minit
  • JPJ — untuk kes khas (tukar nama, kereta lama >15 tahun)
  • Kaunter UTC / kaunter di mall — convenient kalau ada berdekatan

Tip: Renew insurans 2-4 minggu sebelum tamat. Jangan tunggu last minute — kalau lapse, NCD boleh affected dan anda tak boleh drive legally.