Langkau ke kandungan

Panduan Lengkap

Insurans Kesihatan & Medical Card: Panduan Asas

Oleh Amir Ariff · Pengasas & Editor · Dikemaskini 12 Sep 2026

Medical card boleh membantu mengurus kos rawatan yang dilindungi mengikut polisi. Fahami perbezaan plan, had dan syarat sebelum membuat perbandingan.

Hospital kerajaan memang murah, tapi waiting time boleh berminggu-minggu. Nak jumpa specialist? Bulan-bulan. Dengan medical card, anda boleh terus pergi hospital swasta — cashless, tak perlu bayar dulu. Tapi bukan semua plan sama. Ada yang murah tapi coverage nipis. Ada yang mahal tapi cover sampai ke luar negara.

Kenapa anda perlukan medical card?

Risiko penyakit kritikal dan kemasukan hospital meningkat dengan umur. Kos perubatan swasta naik setiap tahun (BNM merekodkan inflasi kos perubatan swasta 12.6% pada 2023).

Kos rawatan hospital swasta boleh tinggi dan berbeza ikut prosedur, hospital dan bilik — sebab itu had tahunan medical card penting.

Penting: Kalau anda bergantung pada company insurance je, ingat — bila tukar kerja atau kena retrench, coverage hilang terus. Medical card peribadi ikut anda, tak kira kerja mana.

Bagaimana premium medical card ditetapkan?

Premium bergantung pada umur, had tahunan, jenis bilik dan kesihatan, dan ditetapkan oleh setiap insurer. Kami tidak menganggarkan premium — bandingkan ciri plan sebenar dalam direktori medical card dan dapatkan sebut harga daripada insurer.

Jenis plan insurans kesihatan

Ada dua kategori utama — standalone medical card dan investment-linked plan (ILP) dengan medical rider. Beza dia besar.

Standalone Medical Card

Struktur mudah

Bayar premium, dapat coverage. Simple. Tak ada komponen pelaburan. Premium dan terma ditetapkan oleh insurer. Contoh dan perbandingan nama plan ada dalam direktori medical card, dengan butiran daripada sumber rasmi.

Sesuai jika: anda mahu perlindungan perubatan sahaja tanpa komponen pelaburan. Trade-off: tiada nilai tunai.

ILP dengan Medical Rider

Hati-hati

Premium anda masuk investment fund, dan sebahagian bayar kos medical rider. Nilai dana, kos insurans dan terma plan boleh mempengaruhi premium atau kelangsungan coverage. Fahami senario ini dalam PDS.

Sesuai untuk: Kalau anda memang nak insurance + investment sekali. Tapi make sure anda faham risiko — tanya ejen tentang worst-case scenario.

Nama plan medical card yang disemak

Senarai ringkas di bawah menggunakan nama plan daripada data sumber rasmi. Untuk had dan manfaat, buka direktori medical card.

  • AIA A-Plus Health360
  • GE SmartMedic Shield
  • GE GREAT MedCare
  • Etiqa OneMedical
  • Etiqa i-MedicalCard Elite
  • Prudential PRUMillion Med 2.0
  • Takaful Malaysia myMedik
  • Takaful Ikhlas IKHLAS Medik
  • Tokio Marine Medic Plus
  • Kaotim MediKad
Bandingkan butiran di direktori medical card →

Tips pilih medical card yang betul

  1. Semak masa membeli. Umur dan kesihatan mempengaruhi premium serta penerimaan; bandingkan terma dan syarat plan sebenar dalam PDS.
  2. Standalone vs ILP: standalone lebih mudah difahami (tiada komponen unit/pelaburan); ILP gabung pelaburan + kos insurans (COI boleh naik). Faham trade-off sebelum pilih — ini bukan cadangan produk.
  3. Check hospital panel. Tak guna medical card power tapi hospital biasa anda pergi tak dalam panel. Check list hospital panel sebelum beli.
  4. Had tahunan: pertimbangkan kos hospital swasta di kawasan anda dan bajet; had lebih tinggi = premium lebih tinggi. Bandingkan had plan sebenar di direktori medical card.
  5. Faham waiting period. 30–120 hari untuk penyakit mengikut wording; pre-existing mungkin ada tempoh lebih panjang — semak PDS. Maknanya tempoh menunggu sebenar perlu disahkan sebelum membuat tuntutan.
  6. Tax relief. Premium insurans kesihatan layak untuk pelepasan cukai LHDN (insurans perubatan dalam kategori pendidikan & perubatan — had RM4,000 mulai YA2025; insurans nyawa/takaful keluarga berasingan, bergabung dengan KWSP sehingga RM7,000). Semak had semasa di hasil.gov.my.

Pro tip: Kalau company anda dah provide group insurance, jangan assume coverage tu cukup. Group insurance biasanya basic — limit rendah, hospital terhad. Anggap company insurance sebagai bonus, bukan primary coverage. Beli medical card peribadi sebagai backup.

Soalan lazim insurans kesihatan

Apa beza medical card dan health insurance?

Sebenarnya sama je — "medical card" tu nama popular untuk health insurance di Malaysia. Medical card adalah physical/digital card yang anda guna untuk cashless admission di hospital panel. Health insurance adalah polisi di sebalik kad tu.

Pre-existing condition boleh cover ke?

Kebanyakan insurer tak cover pre-existing condition — atau at least exclude untuk tempoh tertentu. Ada sesetengah plan yang menawarkan coverage selepas tempoh menunggu, tetapi syarat dan premium berbeza. Semak PDS sebelum membuat keputusan.

Maternity cover ada ke dalam medical card?

Kebanyakan medical card standard tak cover maternity. Kalau nak maternity coverage, kena cari plan yang specifically include maternity benefit — dan biasanya ada tempoh menunggu tertentu. Contoh plan yang ada: Etiqa Mama's Care, AIA Maternity Benefit rider.

Boleh ke claim medical card untuk rawatan gigi?

Standard medical card tak cover dental kecuali ia berkaitan accident (contoh: patah gigi sebab jatuh). Untuk dental coverage, kena beli rider atau plan berasingan. Beberapa employer insurance ada include basic dental — tapi personal medical card biasanya tak ada.

Kalau dah ada medical card, perlu ke beli critical illness cover juga?

Medical card membayar kos hospital yang dilindungi, manakala critical illness biasanya memberi bayaran sekaligus mengikut definisi polisi. Keperluan berbeza; bandingkan manfaat dan syarat setiap perlindungan dalam dokumen produk.