Langkau ke kandungan

Kalkulator Coverage Nyawa — Berapa Cukup Untuk Keluarga?

Oleh Amir Ariff · Pengasas & Editor

Jawab 6 soalan tentang nombor anda sendiri. Kami tak tanya nama, tak jual apa-apa — cuma kira jurang kasar supaya anda ada angka sebelum bercakap dengan sesiapa.

Alat pendidikan

Nombor anda, kiraan yang jelas

Tiada nama, tiada andaian pasaran. Hanya pendapatan, tanggungan dan sumber yang anda masukkan.

Kalkulator percuma

Kira jurang coverage keluarga

Masukkan nombor anda sendiri. Untuk jumlah yang tiada, masukkan 0.

Macam mana kami kira?

Kiraan ini hanya menggunakan nombor yang anda masukkan sendiri — tiada andaian tentang pasaran atau produk.

  • Gantian pendapatan = gaji bersih sebulan × 12 × tahun sokongan.
  • Keperluan kasar = gantian pendapatan + hutang + belanja khas.
  • Jurang = keperluan kasar − simpanan − coverage sedia ada. Jika hasilnya negatif, jurang dipaparkan sebagai RM 0.

Disclaimer: Alat pendidikan dari nombor anda sendiri. Bukan cadangan produk, bukan quote premium, bukan nasihat kewangan. Kami tak jual polisi. Untuk nasihat peribadi, jumpa perancang kewangan berlesen.

Soalan lazim kalkulator coverage nyawa

Apa maksud jurang coverage kasar?

Jurang coverage kasar ialah keperluan pendapatan, hutang dan belanja khas yang masih berbaki selepas simpanan serta coverage sedia ada ditolak. Ia dikira daripada nombor yang anda masukkan sendiri.

Perlu ke saya masukkan coverage polisi atau majikan yang sedia ada?

Ya. Masukkan jumlah manfaat kematian yang benar-benar tersedia kepada keluarga anda, berdasarkan dokumen polisi, sijil atau faedah majikan. Jika tidak pasti, semak dokumen sebenar sebelum menggunakan angka itu.

Kenapa simpanan dan EPF ditolak dalam kiraan?

Alat ini menganggap simpanan dan EPF sebagai sumber kewangan yang anda pilih untuk masukkan dalam kiraan. Sama ada jumlah itu mudah digunakan oleh keluarga bergantung pada akaun, penama dan keadaan sebenar anda.

Adakah keputusan ini menentukan polisi yang saya patut ambil?

Tidak. Ini cuma titik mula pendidikan berdasarkan nombor anda sendiri, bukan cadangan produk. Tempoh perlindungan, manfaat, pengecualian, penama dan keadaan kewangan perlu dinilai secara berasingan dengan perancang kewangan berlesen.

Fahami asas insurans nyawa

Baca panduan insurans nyawa sebelum anda berbincang dengan mana-mana penyedia.

Baca panduan insurans nyawa →

Kiraan ini bukan cadangan produk, bukan quote premium dan bukan nasihat kewangan.